Hafdhal Aqwaaaa'
Tiada siapa diduga tanpa sebab. Setiap apa yang berlaku sama ada yang seronok atau pun sedih, yang positif atau negatif adalah ketentuan yang mutlak daripada Yang Maha Esa.
Bagaimana kita nak menerima semua ketentuan itu dalam keadaan berlapang dada?
Sudah tentu bukan senang. Fitrah manusia untuk berasa sedih, marah, gembira atau kecewa. Cuma bagaimana kita mengawal perasaan-perasaan itu semua mengikut tatacara yang Islam anjurkan, yang Rasulullah ajar. Rasulullah pun pernah bersedih. Tatkala baginda kehilangan isterinya yang tercinta, Saidatina Khadijah binti Khuwailid dan pak ciknya yang baginda sangat hormati telah wafat pada tahun yang sama.
Setiap perjalanan hidup manusia tu berbeza-beza kan. Ada orang akan berjaya dahulu, dah dapat kerja, dah ada anak, dah ada kereta, syarikat dan sebagainya. Ada orang yang masih berlari-lari nak menamatkan pengajian dengan cemerlang, masih terkial-kial nak mencari kerja, masih menunggu putera/puteri kayangan yang datang untuk melengkapkan sebahagian agama.
Tetapi di sebalik perjalanan yang berbeza itu, ada satu perkara yang sama.
Apa dia?
Awak rasa?
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Matlamat kita semua sama. Perjalanan kita di dunia ini adalaha untuk menuju destinasi yang sama, 'eternal life'. Akhirat yang didambakan iaitu syurga.
Nak masuk syurga pula bukan seorang diri, tetapi nak masuk sekali dengan semua umat Islam yang lain terutamanya ahli keluarga sendiri.
Maka, biarpun mereka yang kita nampak di dunianya sudah bahagia sangat dengan segala kejayaan yang dia ada, tapi dia tidak tahu matlamat utama itu, ruginya. Namun, walaupun perjalanan kita lewat daripada orang lain, banyak kali tertangguh disebabkan banyak urusan yang tak terduga berlaku di sepanjang perjalanan tersebut. Bas tiba-tiba takde minyak, bas rosak, singgah di rnr sekejap sebab penumpang lain lapar, nak pergi toilet. Kadang-kadang pernah juga kita asyik terlena tidur sampai bermimpi dan meleleh air liur. Hal-hal sedemikian yang melambatkan perjalanan kita.
Tetapi kita tetap sabar, tetap yakin untuk menuju ke destinasi utama itu, kita redha atas setiap ujian-ujian yang melanda. Dalam setiap ujian itu dilalui pula dengan hati yang ikhlas. InsyaAllah ganjaran besar buatmu sahabat.
Hafdhal aqwaa'
InsyaAllah semua akan baik2.
Yakin!
Comments
Post a Comment